Available Online

Suhaimie Selin

Certified Professional Trainer Learning Facilitator (C.PTLF, USA)

Service Description

Master Tyro Suhaimie Selin, ialah seorang Trainer Professional yang diiktiraf oleh National Federation Neuro Linguistic Programming USA sebagai seorang C.PTLF. Beliau aktif dalam memberi latihan kepada kumpulan usahawan di Sabah, kumpulan belia serta pelajar yang bakal menjadi pemimpin penting generasi di masa hadapan. Topik seperti Kepimpinan dan Komunikasi diperkukuhkan melalui pengalaman beliau lebih dari 5 tahun bersama pelbagai jenis organisasi seperti Toastmasters International, Sabah Techpreneurs Association, SATA dan Federation of Sabah Industries, FSI. Beliau turut aktif menjadi wakil persatuan bagi menghadiri beberapa siri program dialog pembangunan bersama agensi-agensi yang mewakili pihak kerajaan Negeri Sabah. Latar belakang pendidikan, beliau ialah lulusan Sarjana Muda Interface Design Faculty Creative Multimedia, Universiti Multimedia. Kemudian dikukuhkan dengan ilmu berfikir aras tinggi melalui Certified Critical Thinking Gaans New Zealand, ilmu Fikir, Cakap, Buat melalui Neuro Linguistic Programming Practitioner USA dan bersama banyak lagi kursus-kursus peningkatan pembangunan dan kemahiran diri yang lain. Pendidikan Keusahawan dan Pembangunan Diri merupakan forte utama dalam segmen latihan yang beliau jalankan. Beliau kini turut menjawat jawatan Council Members of FSI, Exco Members of SATA dan mantan Presiden Toihaan Toastmasters Club. Kini dengan jenama Master Tyro, beliau komited membantu pihak Tuan dan Puan atau organisasi mencapai kejayaan paling besar melalui module-module pembangunan berimpak tinggi yang dijalankan. Kemahiran seperti Mental Design, Learning Needs & Outcomes, Learning Chart, Learning Operation Guide dan pelbagai lagi adalah senjata ampuh beliau yang terbaru. Kesemuanya diperkukuhkan bagi mencapai hasil terbaik untuk semua kepentingan peserta kursus kelolaan beliau. Pencapaian peribadi antaranya sebagai pemenang Sabah Got Ideas 2013 anjuran KPSKTM Sabah, Anugerah Khas Inovasi Inklusif Zon Sabah 2016 anjuran Yayasan Inovasi Malaysia dan Winners Youth Co:Lab Sabah anjuran UNDP & MaGIC 2018. Beliau bersama pasukannya yang diberi nama KHW telah turut melaksanakan dua bootcamp peringkat negeri 2019 yang dihadiri oleh wakil pelajar dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Sabah dengan jayanya.

Cancellation Policy

All registration is non refundable.

Contact Details

011 2070 7220

ooze.yep@gmail.com

  • Facebook
  • Instagram

© 2021 Copyrighted by OOZE CLUB

A-1-3, Lorong Permai 9, Menggatal Plaza, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel: (011)2070-7220  |  ooze.yep@gmail.com